Tuesday, March 29, 2011

JOM KENAL FAMILY ANA....


  Nie mak dan ayah yang tercinta. Awal bulan depan mereka nk pegi menunaikan umrah.



 Nie anak buah ana yang no3. name die Hurriyah A'izah. X tau r betol ke x eja 2.



Yang nie anak along ana. 2 orang girl. Semoga menjadi solehah dan besa nanti.



Tengok gigi 2. keh3..Name die Hanisah Aqilah. Comel an3...



 Nie lg 1 gamba die. Memang comel r macam pak cik die jgk...



Nie anak buah no2 kot..Muhammad Irsyad name die... 



nangis je...keh3 




Comel mcm pak cik...hehe



Atuk mithali bersama cucu tersayang... 



Nie ana dengan ehem2...kakak...Nur safura.. 



Tekun belajar an3...dekat KIPSAS 




Yang Last skali abg ana no3...


Sebenanye ade lagi gmba yang xde nie. Gmba adik, angah, along. Laen kali r masokkn...hehe

Sunday, March 13, 2011

Jepun ranap dibadai tsunami, gempa bumi




Jepun hari ini dilanda gempa bumi berukuran 8.9 magnitud di timur laut negara itu dan menyebabkan tsunami setinggi empat meter yang menghanyutkan kereta dan meruntuhkan bangunan di sepanjang perairan dekat pusat gempa.

NONELaporan menyebut, malapetaka itu disahkan mengorbankan sekurang-kurangnya 88 nyawa.
Polis menyatakan antara 200 hingga 300 mayat telah dijumpai di bandar Sendai yang terletak di bahagian timur laut Jepun.
Kawasan dalam negeri Miyagi itu terletak paling hampir dengan pusat gempa.
Selain itu, seramai 349 orang lagi dilaporkan hilang akibat bencana tersebut.
NONE
Jumlah berkenaan dijangka akan terus meningkat berdasarkan skala gempa dan tsunami yang terbentuk kali ini.
Bencana berkenaan merupakan yang paling buruk melanda Jepun dalam tempoh lebih 100 tahun.
Jumlah kerosakan sedang dinilai dan tiada maklumat lengkap mengenai kecederaan dan kematian yang diperolehi setakat ini.
Gempa bumi itu dilaporkan berlaku pada jam 2.46 petang dan diikuti siri gegaran kuat termasuk 7.4 magnitud kira-kira 30 minit selepas itu.
Susulan itu, satu amaran tsunami dikeluarkan.
Menurut Tinjauan Geologi Amerika Syarikat (USGS), gegaran itu berlaku kira-kira 130 kilometer di timur Sendai, Honshu pada kedalaman 24 kilometer.
Dilaporkan, sekurang-kurangnya 50 gempa susulan turut berlaku dalam tempoh beberapa jam selepas itu.

Televisyen NHK dan saksi melaporkan, gempa bumi kuat itu turut mengakibatkan kecederaan dan menyebabkan sekurang-kurangnya satu kebakaran serta tsunami setinggi empat meter.
Banyak tempat putus hubungan
Laporan televisyen hari ini menunjukkan kerosakan teruk akibat tsunami, dengan ratusan kereta, bot dan bangunan dihanyutkan air di beberapa tempat sepanjang perairan Jepun.
Antara visual dahsyat yang ditunjukkan melibatkan sebuah kapal besar dihanyutkan tsunami ke arah tembok penampan di bandar Kesennuma, Miyagi.
Tsunami setinggi setinggi 10 meter dilaporkan melanda pelabuhan Sendai dengan ombak yang merosakkan kawasan pertanian dan menghanyutkan rumah, kenderaan dan segala yang berada di laluannya.
Keadaan itu juga dilaporkan menyebabkan kejadian tanah runtuh dan kebakara, termasuk satu pusat penapisan minyak di Chiba berhampiran Tokyo.

NONESetakat ini bekalan elektrik kepada empat juta penduduk di Tokyo dan kawasan sekitarnya diputuskan.

Kebanyakan laluan di Tohoku yang menyambung ibu negara Jepun itu dengan kawasan utara turut terputus.
Perkhidmatan keretapi ke utara Jepun juga dihentikan manakala lapangan terbang antarabangsa Narita ditutup. Semua penerbangan dihentikan, menyebabkan ribuan penumpang terkandas dan terpaksa dipindahkan.

Lapan pesawat tentera sedang meronda dan memantau kesan tsunami yang memusnahkan negara paling maju di Asia itu.

Perdana Menteri Jepun, Naoto Kan mengarahkan tentera melakukan apa yang terdaya bagi membantu keadaan. Beliau dijangka akan mengadakan mesyuarat jemaah menteri.

NONEMenurut jurucakap kerajaan, lebih banyak tsunami dijangkakan.

Bank pusat Jepun pula memberi jaminan akan memastikan kestabilan pasaran kewangan.

Beberapa pusat tenaga nuklear juga ditutup secara automatik.
Serentak dengan perkembangan itu, beberapa negara seperti Cina dan Taiwan juga mengeluarkan amaran tsunami kepada penduduknya supaya berpindah.

- Agensi (malaysiakini)

Kejahatan Itu Bukan Satu Kebetulan.

Kejahatan itu bukan satu kebetulan. Ia adalah satu kebiasaan yang terbentuk perlahan-lahan, tahap demi tahap. Pertama kali terbuat dosa, hati akan diburu rasa bersalah.

Jiwa resah kerana diri menentang fitrah. Kesalnya bukan main. Sesalnya sungguh merimaskan. Rasa bersalah itu memang resah. Benarlah seperti yang sering diungkapkan, bila manusia berdosa dia bukan sahaja nenentang Allah tetapi juga menentang dirinya sendiri.

Namun rasa berdosa itu tidak lama. Jika dosa yang sama dibuat kali kedua, ketiga dan seterusnya... rasa bersalah itu akan hilang. Sedikit demi sedikit. Lalu akhirnya, hati itu telah terbiasa dengan dosa. Rasa bersalah tidak muncul lagi. Ia sirna dimamah oleh dosa demi dosa. Jika dulu ada air mata yang mengalir kerana kekesalan dan penyesalan... tetapi di tahap kedua ini, tiada air mata lagi. Alah bisa tegal biasa. Hati telah tega untuk berdosa.

Dosa itu racun yang disalut kemanisan. Dosa yang dilazimi tidak akan terhenti kesannya pada hati. Dari tahap terbiasa dengan dosa, kederhakaan meningkat lebih parah lagi. Tibalah hati pada tahap ketiga, yakni seronok dan rasa indah dengan dosa. Diri sentiasa mengintai peluang dan ruang untuk melakukannya. Rasa ketagih dengan maksiat, rasa gian dengan kemungkaran, mencengkam hati dan diri. Racun dosa terasa nikmatnya. Tiada lagi rasa bersalah. Bisa dosa yang terbiasa menjelma menjadi fatamorgana nikmat yang tiada taranya.

Nafsu tidak pernah puas. Kehendaknya tiada batas. Syaitan tidak pernah tidur. Usahanya tidak pernah kendur. Lalu apabila syaitan meluncur laju di lebuhraya nafsu, diri yang seronok dengan dosa itu dirasuk untuk 'maju' setapak lagi. Itulah tahap keempat yang lebih dahsyat dan sesat. Keseronokan dosa menjadi si berdosa itu menjadi pembela dan pejuangnya. Dosa dipromosi dan dihiasi sebagai jalan kebenaran dan denai keindahan. Jangan ada pembela agama yang bercakap tentang akhirat dan kiamat... pejuang dosa itu pun bangun menentangnya dengan seluruh upaya dan kudrat.

Justeru wahai diri, berhati-hatilah dengan dosa. Jangan tertipu oleh kecil atau remehnya suatu kederhakaan. Ingat, tusukan dosa bukan seperti belati yang membunuh tiba-tiba, tetapi ia umpama api dalam sekam yang membara dalam diam. Keterlanjuran kali pertama jangan disusuli oleh kesengajaan kali kedua. Kelak akan menyusul perancangan dan perjuangan atas nama dosa.

Wahai diri... ketika rasa bersalah singgah di dalam hati pada kali pertama kau berdosa, ketahuilah itu adalah 'peringatan' yang Allah bekalkan secara tabii untuk menjaga fitrah insani. Itu petanda yang hatimu masih hidup. Penyesalan itukan syarat taubat? Maka susulilah dengan syarat kedua dan ketiga (jika dosa itu dengan Allah). Jika dosa itu dengan manusia, tambahlah lagi dengan syarat yang keempat. Tidak mengapa jika kau terlanjur lagi berdosa selepas itu. Bertaubatlah kembali. Hatimu akan hidup lagi. Selagi ada rasa bersalah, selagi itulah ada sarana untuk kembali kepada Allah. Jangan putus asa oleh taubat yang patah, kerana kasih-sayang Allah akan menumbuhkan taubat kali kedua, ketiga dan seterusnya.

Wahai diri, biarlah dirimu jatuh bangun, merangkak tegak, dalam taubat demi taubat yang tidak 'menjadi' berbanding larian dosa yang maju dan laju tanpa henti-henti. Lebih baik terbentur, daripada patah. Lebih baik hatimu selalu terdera oleh rasa berdosa sepanjang hayat, daripada tertipu oleh 'nikmatnya' yang menyebabkan siksa selamanya di akhirat.

Wahai diri, ingatlah... sekalipun kau terhijab daripada mengecapi nikmat ketaatan, tapi jangan sampai kau tertipu oleh nikmat kejahatan. Berhati-hatilah menjaga hati. Tidak mengapa kau selalu menangis kerana dosa... tetapi jangan sampai kau tersenyum kerananya! Ingatlah selalu, kejahatan yang menyebabkan kau menangis, lebih baik daripada kebaikan yang menimbulkan rasa takbur!

- [LINK=/index.php]Artikel iluvislam.com[/LINK]

Tuesday, March 8, 2011

Dengar, Hayati dan Sahutlah Seruan Azan


1. Selepas isu non muslim memasuki dan mengunjungi masjid, kini timbul pula isu azan yang dianggap mengganggu ketenteraman awam oleh sebahagian dari penduduk negara kita. Sedang azan adalah syiar agama Islam yang telah berkumandang diangkasa sejak ummat Islam wujud di negara ini. Malang jika masih ada yang belum memahami nilai seruan azan yang cukup luar biasa ini. Mungkin juga buat - buat tidak faham sedang azan adalah seruan rutin yang boleh didengari melalui menara masjid, radio dan televisyen saban waktu malah di televisyen lengkap dengan subtitle nya.

2. Barangkali masyarakat kita samada muslim atau non muslim masih gagal menghayati dan mendalami nilai spiritual dan saintifik yang tersirat disebalik seruan azan yang dikumandangkan. Lebih malang jika kegagalan memahami seruan azan itu bertolak dari rasa benci dan jengkel terhadap agama Islam itu sendiri. Bukan sahaja non muslim, malah orang yang mengaku Islam juga pernah memaki hamun muazzin [ tukang azan ] kerana mengganggu tidurnya sehingga terdapat perbahasan hukum seorang muslim yang mencela seruan azan boleh membawa kufur atau batal aqidahnya didalam kitab - kitab Islam .

3. Azan ialah I'lam   iaitu [ seruan untuk memberitahu ] masuknya waktu solat [ sembahyang ] bagi ummat Islam. Menurut pendapat jumhur ulama' bahawa hukum azan ini ialah sunat muakkad bagi muslimin [ lelaki ] yang menunaikan solat berjamaah di masjid pada setiap 5 waktu [ subuh, zohor, asar, maghrib dan isyak ]. Sementara menurut pandangan kebanyakan ulama' mazhab Hanbali , azan dan iqamah adalah fardhu kifaayah bagi solat 5 waktu justeru ia adalah syiar agama Islam yang perlu ditegakkan.

4. Azan menjadi syiar agama Allah iaitu mercu tanda kewujudan penganut ajaran Islam di kawasan atau kariah tersebut. Syiar ini bukan sahaja mesti diamal dan dipertahankan oleh ummat Islam malah mengagongkannya merupakan tanda jiwa dan hati yang bertaqwa kepada Allah swt.

Firman Allah swt : [ bermaksud ] Barang siapa yang mengagongkan \ meninggikan syiar agama Allah maka sesungguhnya ia adalah lambang ketaqwaan hatinya kepada Allah swt.

5. Tiada apa yang perlu dibimbangi atau ditakuti dari seruan azan ini. Bahkan ia adalah seruan yang cukup positif dan membina struktur tamadun ummah. Malah lirik atau senikata azan itu sendiri sudah cukup mendamaikan jiwa yang kusut dan hati yang lusuh asal sahaja seruan itu dinikmati dan dihayati alunan serta maksud setiap kalimahnya.

6. Azan bermula dengan seruan kebesaran dan keagongan Allah swt. Kemudian persaksian bahawa Tiada tuhan yang layak disembah selain Allah swt dan Muhammad adalah utusan Allah. Azan juga menyeru manusia agar tunduk dan sujud kepada Allah sebagai satu kemenangan hakiki yang perlu dicapai oleh manusia . Allah adalah Tuhan yang Maha Agong, Tiada Tuhan yang layak disembah selain Allah swt.  Lafaznya
 
  ألله اكبر الله  أكبر  الله أكبر الله أكبر  .
أشهد أن لا إله إلا الله  أشهد أن لا إله إلا الله
أشهد أن محمدا رسول الله  أشهد أن محمدا رسول الله
حي علي الصلاة  حي علي الصلاة
حي على الفلاح  حى على الفلاح
الله أكير الله أكبر
لا إله إلا الله

7. Allah swt, adalah Tuhan kita semua. Tuhan yang mencipta manusia dan segala makhluk. Tuhan yang mencipta langit dan bumi. Tuhan yang menurunkan hujan lantas menyuburkan bumi untuk menumbuhkan tumbuh - tumbuhan yang menjadi rezeki kepada ummat manusia. Itulah yang Tuhan yang kita Agongkan saban waktu dengan seruan azan yang dikumandangkanagar manusia selaku makhluk yang diciptaNya tidak lupa untuk mentaati perintahNya dan tidak melanggar laranganNya.

8. Manusia sering leka dan lalai. Peringatan seperti ini menjadikan manusia kembali mengingati Allah swt. Manusia yang ingat kepada Allah tidak akan melakukan kemaksiatan dan kemungkaran. Mereka tidak akan melakukan rasuah, menyeleweng dan menyalahgunakan kuasa. Mengingati Allah swt menjadikan manusia baik, berintegriti, berakhlak dan berhati jujur.

9. Dunia ini akan menjadi aman dan damai jika seruan azan ini berjaya menyelinap masuk dalam hati kecil setiap individu manusia dan mereka menyahut seruannya. Betapa jika seruan ini turut menyelinap masuk ke bilik Menteri Besar dan exconya, bilik Perdana Menteri dan anggota kabinetnya, bilik Pengarah Syarikat dan ahli lembaga pengarahnya, lalu mereka menyahut seruan tersebut, banyak masaalah boleh diatasi.

10. Siapa lagi yang tergamak mempersoalkan seruan yang sedemikian indah dan suci ini ?Pula dikumandangkan dengan alunan yang lunak dan menusuk qalbu. Saya tidak nampak seruan azan ini menganggu ketenteraman awam sedang seruan itu hanya memakan masa sekitar 5 minit setiap kali ia dikumandangkan. Biarpun menggunakan pembesar suara, azan adalah satu seruan yang sangat indah untuk didengar dan dihayati oleh semua berbanding bunyi bising dan bingit muzik yang sanggup kita dengar saban hari dan saban ketika melalui konsert, pita rakaman, corong radio, televisyen, super market, restoran dan lain - lain.

11. Demikian juga kita sanggup mendengar bunyi - bunyian yang lain seperti deruan enjin kereta, kapal terbang, keretapi, kilang, mesin dari tapak binaan, salakan anjing dan suara tinggi  manusia berpidato, bertengkar dan membebel. Kenapa kita mesti bersikap tidak adil terhadap azan yang hanya dikumandangkan sekadar 5 minit ? sedang seruan itu untuk mengingatkan manusia yang alpa agar mereka sedar akan amanah dan tanggubgjawab mereka .

12. Azan subuh sering dipertikai kononnya menganggu mereka yang sedang enak tidur. Sekali lagi saya mengajak supaya kita hayati seruan azan ini. Terdapat sedikit perbezaan seruan azan diwaktu subuh berbanding waktu - waktu lain. Azan waktu subuh ditambah satu lagi seruan yang berbunyi : الصلاة خير من النوم    الصلاة خير من النوم

maksudnya : Solat [ sembahyang ] itu lebih baik dari tidur .

13. Saya tidak jangka ada orang akan berkata bahawa tidur itu lebih baik dari sembahyang kecuali ia seorang yang tidak tahu menilai erti agama dan ketundukan kepada sang Pencipta dalam hidupnya. Azan subuh akan dikumandangkan pada waktunya sekitar jam 5. 50 am . Saya kira inilah juga waktu setiap orang akan bangun untuk bersiap ke tempat kerja malah mereka boleh berterima kasih kepada muazzin . Sekalipun pada hari - hari cuti, disiplin hidup menjadikan mereka perlu juga bangun awal untuk senaman dan sarapan, sementara solat subuh itu sebahagian dari senaman fizikal untuk kesihatan yang sistematik bagi ummat Islam.

14. Disiplin waktu bangun pagi bukan sahaja dibantu oleh muaazin yang mengumandangkan azan saban hari tetapi juga dikongsi oleh makhluk Alllah yang lain seperti ayam yang berkokok setiap kali masuk waktu subuh dan cengkerik juga akan berbunyi dengan nadanya yang tersendiri. Ertinya waktu subuh ialah waktu manusia mesti bangun untuk memulakan kehidupan sehariannya secara disiplin dan sihat. Bagi seorang muslim, ia bermula dengan rukuk dan sujud kepada Allah swt sebagai tanda syukur yang tidak terhingga diatas segala nikmat kurniaNya.

15. Begitulah azan yang sewajarnya didengar dan dihayati serta disahut seruannya bukan dibenci dan dibantah apalagi dikecam dan dihina. Terima kasih muazzin .

Murnikan Perjuangan  Maknakan Kemenangan

Nikah Itu Mulia, Zina Itu Hina.



Jom kita turun sebagai "duta penyelamat dan kasih sayang" kepada semua anak-anak muda yang sering melakukan dosa-dosa zina. Jauhi Zina.

Mengecam Campur Tangan Amerika


1. Konflik yang berlaku di Libya sememangnya menyaksikan kezaliman pemerintahan Muammar Gaddafi apabila beliau  nekad mengisytiharkan perang dengan rakyatnya sendiri. Kini angka korban telah mencecah ribuan nyawa setelah tercetusnya kebangkitan rakyat menolak kepimpinan Muammar Gaddafi baru - baru ini.

2. Berbeza dengan siri kebangkitan rakyat di Tunisia, Mesir, Yaman, Algeria, Maghribi, Bahrain, Oman dan Jordan, Libya berhadapan dengan campurtangan pantas Amerika yang kini telah menempatkan kapal perang dan tentera lautnya diperairan Libya. Malah PBB telah mengenakan sekatan ke atas Libya demikian juga Majlis Hak Asasi telah mengambil tindakan ke atas Libya.

3. Uniknya Libya adalah antara negara pembekal minyak yang strategik ekoran kualiti minyak yang dihasilkannya menepati sebahagian besar keperluan minyak dunia. Sejak dulu kelihatan barat sangat "cemburu"kan kedudukan Libya dan segalanya adalah dari kerana minyak.

4. Saya mewakili Dewan Pemuda PAS Malaysia sejak awal mengutuk kekejaman yang dialkukan oleh Muammar Gaddafi ke atas rakyatnya sendiri serta mendesak agar Muammar segera berundur dan akur dengan desakan rakyat demi keamanan dan kesejahteraan Libya dan seluruh rakyatnya.

5. Pada masa yang sama, Dewan Pemuda PAS Malaysia juga tegas mengecam sebarang bentuk campur tangan asing khasnya Amerika ke Libya dan keseluruh rantau negara - negara bergolak di Timur tengah dan utara Afrika. Justeru campur tangan tersebut dilihat sebagai satu pencabulan antarabangsamenodai kedaulatan negara lain dan ia juga merupakan satu penjajahan moden yang sedang diusahakan oleh kuasa besar itu untuk menakluki daerah minyak strategik dunia.

6.  Campur tangan Amerika hanya menambah rosak dasar luar negara tersebut terutama kepada negara - negara ummat Islam. Saya bimbang ia terus membina persepsi buruk dunia khasnya dunia Islam kepada Amerika dan ini akan meletakkan kesejahteraan dan keamanan dunia terus terancam .

7. Beri peluang rakyat Libya membangunkan negara mereka sendiri dan kami percaya rakyat Libya mampu mengurus kezaliman Muammar Gadaffi tanpa perlu campur tangan Amerika dan pihak asing. Dunia sewajarnya menghormati kedaulatan sesebuah negara. Biarpun negara mereka sedang bergolak, ia bukan alasan untuk pihak asing pantas menerpa untuk mencampuri urusan negara tersebut.

8. Dewan Pemuda PAS Malaysia mengharapkan sokongan dunia antarabangsa agar membantah langkah yang diambil oleh Amerika yang bersikap seperti polis dunia dari terus campur tangan di rantau negara - negara bergolak itu lantaran ia bakal merumitkan lagi keadaan pergolakan dalaman yang berlaku khasnya di Libya.

9. Dunia boleh mengambil pelajaran atau iktibar dari campur tangan Amerika di Iraq dalam krisis menjatuhkan Saddam Hussain dan Kuwait sebelumnya sewaktu perang Teluk. Sehingga hari ini, daerah - daerah itu tidak aman dan Amerika sehingga kini masih bertapak kukuh di Iraq dan Kuwait walaupun telah mengisytiharkan pengunduran sistematik kononnya.

10. Tindakan Amerika yang disedari umum bahawa mereka "mudah masuk tetapi payah hendak keluar" adalah suatu yang tidak boleh dibenarkan berleluasa. Keamanan dunia akan tergugat dan Amerika akan terus hilang hormat di mata dunia antarabangsa biarpun mereka berkuasa. Malah tidak Mustahil pada suatu masa kelak, kebangkitan rakyat akan meletus dari dalam negara Amerika sendiri kerana membantah dasar luar yang sering dan gemar mencampuri urusan negara lain.

Murnikan Perjuangan Maknakan Kemenangan

Nasrudin bin Hassan
Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia

BERTUNANG SEPERTI BOOKING KERETA BARU.

Agak janggal juga kalau dalam seratus peserta kursus praperkahwinan ada yang datang secara berseorangan. Hal ini kerana biasanya peserta itu datang berpasangan dengan tunang masing-masing. Malah ada sesetengah tempat yang membiarkan pasangan itu duduk berdekatan dalam dewan kursus.

Inilah realiti hari ini yang sukar diubah dalam pemikiran umat Islam, "ini tunang saya". Bayangkan kalau ke tempat kursus praperkahwinan pun mereka boleh datang secara begitu, apalah halangan untuk mereka berbuat begitu untuk shopping, berdating dan menonton wayang. Apakah dengan bertunang membolehkan mereka berbuat begitu?

Jelas di sini, mereka tidak faham kedudukan tunang dalam Islam, bahkan ibu bapa juga tidak faham hukum Islam secara tepat. Oleh sebab itu, sering kita lihat dan dengar ibu bapa yang berasa risau kalau tunang anaknya tidak datang menjengok anaknya pada hujung minggu. Malah ada ibu bapa yang menyuruh anaknya keluar dengan tunang pada hujung minggu.

[B]Hakikat Bertunang[/B]

Bertunang hakikatnya satu perjanjian persetujuan untuk berkahwin. Apabila kedua-dua belah pihak bersetuju maka satu tanda ikatan dimeterai bersama. Sebagai tanda ikatan pihak lelaki dan perempuan akan saling menyarungkan cincin pertunangan dan ada juga yang memberikan hadiah lain.

Pada pandangan anda, apakah dengan persetujuan ini, sudah ada ikatan rasmi? Atau apakah hubungan mereka sudah semakin bebas?

Bagi memudahkan kita memahami stuasi ini, suka saya membandingkan pertunangan dengan "booking kereta" sewaktu kita bersetuju untuk membelinya di bilik pameran kereta tersebut. Biasanya syarikat kereta itu akan meminta RM500 - RM1000 sebagai wang pendahuluan tanda jadi.

Kalau kereta yang dimaksudkan itu sudah ada di dalam bilik pameran, mungkin proses pembeliannya hanya akan selesai dalam tempoh seminggu. Tetapi kalau belum ada, mungkin sebulan atau lebih bergantung kepada tempahan.

Walau bagaimanapun, untuk membolehkah kereta itu dikeluarkan, pembeli perlu membayar 10 peratus daripada harga kereta tersebut dan bakinya akan diselesaikan oleh bank. Kemudian apabila kereta itu sudah didaftarkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), barulah pembeli itu boleh membawa balik keretanya ke rumahnya.

Ya, berdasarkan proses di atas, bolehkah si pembeli yang baru memberi RM500 atau RM1000 itu, masuk dalam kereta tersebut dan membawa keluar dari bilik pameran? Setahu saya, tidak dibenarkan. Dia hanya boleh masuk untuk duduk dan memegang stering dan mendengar enjin sahaja, selebihnya tidak boleh. Tetapi kalau kereta terpakai (usecar), jurujual boleh membenarkannya untuk memandu dengan syarat jurujual itu duduk di sebelahnya.

Bayangkan kalau baru booking kereta, begitu kedudukannya, apa pula hukumnya seseorang yang baru bertunang yang hanya sekadar menyarung cincin pertunangan. Jadi, pertunangan dalam Islam sepatutnya mencontohi proses di atas. Sebab itu dalam Islam tempoh pertunangan tidak digalakkan terlalu lama.

Dalam tempoh pertunangan itu terdapat beberapa [B]perkara yang diharuskan[/B]. Antaranya ialah:

1. Perhubungan pasangan itu hanya boleh dilakukan di rumah perempuan dengan ditemani oleh mahramnya. Ini bermakna, kalau lelaki membawa kakaknya sebagai teman tidak memadai.

2. Jika lelaki mahu membawa keluar tunangnya, perlulah dibawa bersama ibu atau bapa perempuan itu atau sekurang-kurangnya abang atau kakak perempuan tersebut.

3. Dalam tempoh pertunangan mereka boleh saling mengenali antara satu sama lain untuk mencari keserasian.

4. Dalam keadaan apa sekalipun sentuhan baju tunang adalah dilarang apatah lagi menyentuh kulit termasuk tangan.

5. Tidak digalakkan pasangan tunang itu bermalam dan tidur di rumah pasangan masing-masing walaupun dalam bilik berasingan.

[B]Syariat Dipertahankan[/B]

Islam menyediakan peraturan syariat adalah untuk menjaga maruah diri dan keluarga tunang sebelum mereka berdua disatukan. Hakikatnya peraturan ini bukan bertujuan menyusahkan umat Islam. Malah sekatan dalam pertunangan itu boleh menjadikan mereka teruja untuk menunggu tarikh perkahwinan sebenar.

Bayangkan kalau pasangan itu sudah hidup seperti suami isteri dalam tempoh pertunangan, apakah mereka akan teruja dengan tarikh tersebut. Pada mereka, tarikh itu tidak penting lagi kerana kehidupan suami isteri sudah pun bermula. Malah jangan terkejut, ada kes seperti ini, yang lelaki bertindak memutuskan pertunangan atas alasan bakal isterinya tidak dara lagi.

Jelas di sini batasan yang dibuat ini adalah untuk keselamatan masa depan pasangan itu. Apa tidaknya, sebelum akad nikah pasangan itu masih suci, tidak ada dosa sentuhan, tidak ada dosa besar sama ada khalwat atau zina, tidak mencemarkan nama baik keluarga dan Islam. Jadi, pada waktu akad nikah mereka berdua adalah orang yang bersih di sisi Allah dan manusia.

Tetapi tahukah anda, jika sesuatu pasangan yang bertunang itu tidak mampu untuk mempertahankan syariat di atas, kehidupan mereka setelah berkahwin tidak begitu harmoni kecuali mereka benar-banar bertaubat sebelum diakadnikahkan. Allah yang maha pengampun bersedia mengampunkan dosa mereka jika mereka serius memohon keampunan kepada Allah.

[B]Penguatkuasaan Dari Dalam[/B]

Demi maruah diri, keluarga, dan Islam, ibu bapa hendaklah mendidik anak-anak sebelum bertunang tentang hukum ini agar mereka tidak melanggar syariat sesuka hati. Saya percaya, anak-anak akan mudah memahami dan menghormati peraturan ini jika ibu bapa dapat menunjukkan contoh yang terbaik dalam urusan ini.

Selain itu pihak penganjur kursus pra-perkahwinan seharusnya mengenakan syarat kepada peserta agar mematuhi kehendak syariat. Mereka boleh dibenarkan membawa pasangan, tetapi mereka perlu diberi penjelasan tentang hukum ini. Dan dalam dewan pula, kedudukan mereka perlu dipisahkan termasuk dalam dewan makan.

Tidak kurang penting juga, pihak Penolong Pendaftar Nikah (PPN) yang setiap hari dikunjungi pasangan tunang untuk memohon perkahwinan, sebaiknya mereka itu dinasihatkan agar mematuhi hukum di atas. Teguran PPN ini penting sebagai ilmu asas sebelum mereka berkahwin. Malah sebaiknya ajarkan mereka supaya bertaubat sebagai persiapan sebelum diijabkabulkan.

Saya percaya kalau semua ini dapat difahami dan dilaksanakan oleh pihat terbabit, umat Islam akan terbina maruahnya kembali setelah selama ini dicemarkan oleh umat Islam sendiri.

- [LINK=http://iluvislam.com]Artikel iluvislam.com[/LINK]